“Move on.”
“Jangan ingat lagi orang yang tak ingat pada kita.”
Senang untuk bercakap, tapi susah untuk
dipraktikkan. Hanya orang yang pernah putus cinta, faham kesakitan itu.
Memandang ke depan, sakit. Menoleh ke belakang juga sakit. Kiri kanan
kita kosong. Tiada lagi seseorang tempat menyandar penat, menghambur
tangis. Kalau dulu kita ada teman berkongsi kecewa. Tapi sekarang kita
sendiri.
Malam tambah pedih. Berjaga di
pembaringan, kita memaksa tidur; penat melihat kisah lama berputar
ibarat filem yang tak berkesudahan. Apabila tidur bermimpi dia. Mimpi
yang indah jadi buruk. Kita terbangun dengan dada yang sebak,
kadang-kadang berair mata. Dan malam tambah dingin lagi.
Nisa sendiri sedang dalam proses
melupakan. Nisa sudah tidak sedih. Jadi manusia berhati tembok. Terhapus
segala kasih sayang terhadap dia. Tapi hati yang terkhianat masih luka.
Dan itu juga satu pederitaan yang sukar diubati.
Putus cinta itu ada 4 tahap:
- Penafian. (In denial)
- Kesedihan. (Sadness)
- Kemarahan. (Anger)
- Meninggalkan. (Moving on)
Nisa di tahap 3. Nisa cepat melaluinya
kerana Nisa iringi dengan terapi ayat al-Qur’an. Juga berkat sokongan
ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang baik. Yang penting, hati kita
sendiri perlu kuat. Tidak ada sesiapa yang bisa membantu memulihkan hati
kita selain diri kita sendiri. Oleh itu, kekuatan dalaman perlu ada.
Hati kita seolah-olah “bersalin kulit”.
Dalam proses untuk membentuk kulit yang baru itu, kulit lama perlu
dibuang, dan itu sakit. Tak tipu. Memang pedih dan kalau salah teknik,
boleh berdarah banyak dan terpaksa menanggung lebih banyak kecelakaan.
Tapi ini semua sementara. Sekejap sahaja. Tapi “sekejap” tu subjektif,
bergantung kepada ketahanan diri kita dan kekuatan dalaman.
Mungkin setelah beberapa lama masih ada
sisa tangis lagi tapi itu normal. Bukan senang kita melupakan cinta,
kecuali bagi orang yang tidak berhati perut dan tidak berperasaan!
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)Dalam mengubat hati, kita perlu faham kasih sayang Allah. Ternyata kekecewaan bercinta adalah salah satu ujian, tanda Allah rindu pada kita. Dia adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang. Tentunya ada sesuatu yang hendak diajarkan kepada kita melalui kekecewaan tersebut. Kesakitan juga menghapus dosa!
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim
Kadang-kadang kita susah melupakan bukan
kerana kekecewaan sahaja. Tapi hati kita sakit melihat orang yang pernah
kita sayang dengan mudah sahaja beralih arah kepada orang lain. Tambah
menyakitkan apabila bekas kekasih dengan lancang memburukkan kita pada
orang lain.
Tak apa. Biarkan. Perempuan baik untuk
lelaki baik dan begitulah sebaliknya. Yakinlah dengan kasih sayang
Allah. Yakinlah dengan kekuasaan Allah.
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU amatlah pedih.” (Surah Ibrahim: 7)